Sahabat tegaskan Fikry Ibrahim tak kahwin paksa, setahun pegang amanah simpan rahsia

LocalEntertainment
13 Feb 2025 • 5:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Salah seorang sahabat yang hadir sebagai saksi momen bahagia menegaskan pelakon Fikry Ibrahim tak kahwin paksa seperti mana dakwaan orang ramai sejak semalam.

Dakwaan berkenaan tular selepas warganet melihat reaksi dan air muka Fikry atau nama sebenar Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim ketika majlis akad nikah yang tidak senyum dan kelat seolah-olah dipaksa berkahwin.

image is not available

Fitnah! Fikry Ibrahim tak kahwin paksa

Terbaharu, individu dikenali Che Mad menegaskan sahabatnya tidak kahwin paksa, sebaliknya telah merancang majlis berkenaan sejak tahun lalu.

image is not available

Ujarnya, ia adalah fitnah dan tiada mana-mana individu memaksa Fikry untuk berkahwin dengan wanita berkenaan.

“Siapa buat fitnah tu? Kita kalau tak ada benda baik nak cakap, baik diam. Tak pun doa yang baik-baik saja. Betul tak?”jawabnya kepada salah seorang warganet.

image is not availableimage is not available

Dalam hantaran yang sama, Che Mad mendoakan yang terbaik buat rumah tangga sahabatnya selain menyatakan sudah setahun memegang rahsia ‘perancangan nikah’ Fikry Ibrahim.

“Alhamdulillah, tahniah sahabat. Setahun jugalah aku pegang rahsia hang nak kahwin ni. Semoga yang baik-baik sahaja sahabat,”tulisnya.

image is not available

Semalam, aktor asal Kedah, Fikry Ibrahim,31, selamat menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati, Khalizah Alihan,37, di sebuah masjid dekat Jitra, Kedah.

Sumber: TikTok haizanayob10