Fikry Ibrahim Nikah Senyap-Senyap, Riak Wajah Ketika Akad Nikah Jadi Perhatian

EntertainmentLifestyle
13 Feb 2025 • 10:04 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fikry ibrahim

Pelakon terkenal, Fikry Ibrahim mengejutkan ramai apabila diam-diam menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dah nikah!

Video sekitar majlis akad nikah Fikry tular di TikTok, memperlihatkan pasangan ini mengenakan busana serba putih di sebuah masjid.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen bukanlah keindahan majlis tersebut, tetapi ekspresi wajah Fikry yang tampak ‘kosong’ dan tidak ceria seperti pengantin lain.

@cikjah24

Fikry dah kahwin “Moga Allah memberkati perkahwinan ini dan menjadikan anda berdua sebagai pasangan yang saling menyokong dan mencintai dalam setiap langkah hidup.” “Tahniah di atas ikatan suci ini! Moga cinta dan kebahagiaan sentiasa mengiringi langkah-langkah anda berdua.” @Fikry Ibrahim #fyppppppppppppppppppppppp #fikryibrahimoffmarket#fypシ゚

♬ suara asli – Sadvibes – Sadvibes

Seperti yang semua tahu, Fikry dikenali dengan sifat humor dan lawaknya yang mencuit hati. Tetapi pada hari istimewanya ini, dia kelihatan serius dan tidak menunjukkan sebarang emosi keterujaan seperti pengantin baru lain.

Netizen mula membuat pelbagai spekulasi di ruangan komen. Ada yang bergurau bahawa Fikry ‘terpaksa’ bernikah manakala yang lain menyatakan mungkin dia sedang berdebar atau fokus dalam majlis tersebut.

Bagaimanapun, pemilik akaun TikTok yang memuat naik video itu segera menepis dakwaan netizen bahawa Fikry berkahwin dalam keadaan terpaksa.

image is not available

Menurutnya, Fikry dan isterinya sudah lama berkenalan, malah pelakon itu sendiri yang menguruskan majlis dari awal hingga akhir.

image is not available

Tambahnya lagi, majlis pernikahan Fikry memang dirancang secara kecil-kecilan atas sebab tertentu, namun semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada Khalizah Alihan, pada Rabu. Majlis nikah berlangsung di kampung halaman Fikry di Jitra, Kedah.

#ApaKataOhmedia

Tak semua perkara perlu dihebahkan kepada umum, terutamanya soal peribadi. Mungkin Fikry orang yang sukakan privasi kan? Lagi pula, janganlah menghakimi berdasarkan reaksi luaran je. Mana tahu dalam dada macam nak meletup sebab berdebar-debar. Doakan yang terbaik buat pasangan ini

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @cikjah24


The post

appeared first on

.