Saham IPO Synergy House catat lebihan langganan 14.02 kali

Business & Finance
22 May 2023 • 6:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saham IPO Synergy House catat lebihan langganan 14.02 kali

johardy

22/05/2023 - 18:29

KUALA LUMPUR 22 Mei – Synergy House Bhd, penjual e-dagang rentas sempadan dan pengeksport perabot rumah sedia dipasang, mengumumkan bahawa peruntukan saham kepada orang ramai Malaysia daripada tawaran awam permulaan (IPO) telah terlebih langganan sebanyak 14.02 kali.

Sebanyak 12,347 permohonan untuk 375,416,300 saham terbitan dengan nilai RM161,429,009 diterima daripada orang ramai Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 14.02 kali.

Daripada jumlah ini, sebanyak 7,277 permohonan untuk 164,159,100 saham terbitan diterima bagi bahagian Bumiputera, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 12.13 kali.

Bagi bahagian awam Malaysia yang selebihnya, sejumlah 5,070 permohonan untuk 211,257,200 saham terbitan telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 15.90 kali.

Sebanyak 12.5 juta saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh orang yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya.

IPO Synergy House melibatkan penerbitan 130 juta saham atau 26% daripada jumlah saham terbitan Kumpulan yang diperbesarkan yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 80 juta saham dan tawaran untuk jualan sebanyak 50 juta saham.

Terbitan saham itu telah disediakan untuk permohonan mengikut sebagaimana berikut:

Terbitan awam

Tawaran runcit

25 juta saham melalui pengundian kepada orang ramai Malaysia

12.5 juta saham kepada orang yang layak terdiri daripada pengarah, pekerja dan rakan perniagaan

Penempatan persendirian

30 juta saham kepada pelabur terpilih

12.5 juta saham kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (“MITI”)

Tawaran untuk jualan

50 juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MIT

image is not available
Tan Eu Tah

Pengarah Eksekutif Synergy House, Tan Eu Tah berkata, permintaan pasaran untuk perabot rumah kekal teguh dan pihaknya percaya Kumpulan berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pasaran e-dagang perabot global yang semakin berkembang.

Synergy House Berhad akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Jun 2023. - DagangNews.com