Saham UEM Edgenta susut sehingga 13% selepas catat kerugian pada 1QFY25

LocalBusiness & Finance
28 May 2025 • 11:36 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saham UEM Edgenta susut sehingga 13% selepas catat kerugian pada 1QFY25

image is not available

28/05/2025 - 11:36

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mei - Saham UEM Edgenta Bhd merosot sehingga 13% pada hari ini selepas syarikat pengurusan fasiliti itu mencatatkan kerugian pada suku pertama berkahir 31 Mac 2025 (1QFY25).

Saham UEM Edgenta jatuh sebanyak 11 sen kepada 75 sen. Pada pukul 9.30 pagi, saham kumpulan itu diniagakan pada 76 sen selepas lebih tiga juta saham bertukar tangan.

Pada harga tersebut, modal pasaran UEM Edgenta dianggarkan sekitar RM632 juta.

Tiada penganalisis institusi membuat liputan terhadap UEM Edgenta.

Saham UEM Edgenta menunjukkan ketidakstabilan, tetapi melonjak lebih 20% pada bulan ini sahaja sebelum mencapai kemuncak pada 94 sen pada 16 Mei 2025.

Namun begitu, pelabur yang membeli saham UEM Edgenta pada penghujung tahun lalu kini mengalami kerugian sekitar 2%.

Dana kekayaan negara Khazanah Nasional Bhd, melalui UEM Group Bhd, memiliki 69% kepentingan dalam UEM Edgenta, yang menyediakan perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan untuk hospital, bangunan pejabat, serta infrastruktur seperti jalan raya dan pelabuhan.

Kerugian bersih pada 1QFY25 adalah sebanyak RM17.95 juta, atau 2.16 sen sesaham, berikutan penurunan hasil selepas berakhirnya beberapa kontrak sekali sahaja serta faktor kitaran, selain peningkatan kos operasi, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Kali terakhir UEM Edgenta mencatatkan kerugian adalah pada 3QFY20, diseabkan gangguan berkaitan pandemik dalam perniagaan infrastrukturnya dan pelarasan nilai inventori.

Kumpulan itu bagaimanapun optimistik terhadap pemulihan yang lebih baik, sebahagiannya disokong kejayaan memperoleh kontrak di pasaran antarabangsa.

"Kejayaan terkini kami di pasaran utama seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura kini sedang menyediakan asas bagi pemulihan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin, dalam satu kenyataan. - DagangNews.com

standard