Saham wakaf lot tanah masjid

11 Aug 2022 • 7:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Masjid Ar-Rahmah mengajak orang ramai berwakaf serendah RM50 untuk satu lot tanah bagi membeli sebidang tanah seluas 0.306 hektar bernilai RM290,000.

KOTA BHARU - Masjid Ar-Rahmah, Mukim Pangkal Kalong di sini mengajak orang ramai berwakaf serendah RM50 sahaja. Imam Satu masjid berkenaan, Abdul Karim Mashor berkata, dengan cara tersebut orang ramai dapat mengumpul pahala di samping membantu masjid membeli sebidang tanah seluas 0.306 hektar bernilai RM290,000. “Tanah tersebut yang terletak bersebelahan masjid akan digunakan bagi tujuan pembangunan. “Masjid asal sudah tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah dan dengan pembangunan yang bakal dilakukan diharap dapat memberi lebih banyak kemudahan,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu. Menurut Abdul Karim, disebabkan itu, pihaknya memperkenalkan sistem wakaf iaitu RM50 bagi satu lot tanah. Beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh menyumbang melalui akaun 03030000993715 (Bank Muamalat) atau hubungi talian 011-26386886.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved