Unik, Kafe Ini Dibina Di Atas Tanah Kubur

31 Jul 2022 • 9:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Unik, Kafe Ini Dibina Di Atas Tanah Kubur

Restoran atau kafe kebiasaannya sering dibangunkan di kawasan-kawasan yang mudah diakses serta tempat tumpuan orang ramai.

Lokasi yang strategik akan membantu sesebuah restoran atau kafe tersebut dikunjungi orang ramai. Selain daripada lokasi, faktor pilihan menu atau hiasan yang terdapat dalam kafe itu juga turut memainkan peranan.

Berbeza dengan kafe-kafe biasa, sebuah kafe di India ini boleh dikategorikan sebagai unik kerana dipercayai dibangunkan di atas tanah perkuburan.

Video kafe tersebut telah menjadi tular selepas ianya dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial TikTok bernama @anakpelosokkalimantan

Klip video tersebut jelas memaparkan kafe berkenaan terletak di atas tanah perkuburan di mana pada bahagian tengahnya terdapat satu pokok besar yang ‘menyeramkan’

“Makan di kafe, tidak. Makan di kubur, ya,” tulisan yang terdapat pada video tersebut.

Rakaman video itu memperlihatkan suasana sebuah kafe yang sedang ramai dengan pengunjung.

Difahamkan bahawa beberapa jenazah yang pernah dikuburkan di tanah tersebut masih lagi tidak dialihkan oleh pihak kafe.

Dapat dilihat terdapat banyak kubur yang terletak di setiap penjuru kafe tersebut.

Ada kubur yang terletak berdekatan dengan meja pengunjung dan ada juga di belakang peti ais.

Kubur-kubur di situ berbentuk memanjang dengan ukuran sekitar 1 meter dan dicat dengan warna hijau. Setiap kubur yang ada di setiap penjuru kafe dikelilingi oleh pagar berwarna putih.

Meskipun terdapat banyak kubur di dalam kafe, ia tidak menghalang pengunjung daripada mengunjungi kafe tersebut.

Walaupun video tersebut dirakam pada waktu siang, tidak dapat dipastikan sama ada pada waktu malam pengunjung masih ramai seperti di siang hari atau pun tidak.

Hingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menjadi tular dan ditonton lebih 117 ribu kali.