Sahih! DBKL ambil maklum, longkang runtuh akibatkan lubang besar di Kampung Kerinchi

27 Aug 2024 • 4:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL ambil maklum mengenai sebuah kejadian yang berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, di sini semalam.

DBKL menerusi hantaran di Facebook memaklumkam, pihaknya ambil maklum mengenai kejadian longkang runtuh sehingga mengakibatkan lubang besar.

Menurut DBKL, kejadian itu berlaku semalam iaitu pad 26 Ogos 2024.

image is not available

DBKL ambil maklum

Difahamkan, DBKL telah menjalankan kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, ‘water barrier’ dan kon semalam berhubung kejadian longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

“Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian pada 26 Ogos, pukul 10.00 malam,” katanya.

image is not available

Pada Jumaat lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.

image is not available

image is not available