Mendapan Tanah Akibatkan Longkang Runtuh Di Kampung Kerinchi

27 Aug 2024 • 6:15 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Satu lagi kejadian mendapan tanah dilaporkan berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, kejadian terbabit dilaporkan berlaku sekitar jam 10 malam pada Isnin.

Longkang Runtuh

Menurutnya, langkah keselamatan dilakukan sejurus menerima laporan kejadian.

"DBKL mengambil maklum mengenai longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

"Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian, " katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Tidak Libatkan Orang Awam 

Menerusi gambar dikongsi, kawasan terlibat membabitkan laluan pejalan kaki selain turut membabitkan sebahagian kecil struktur jalan bersebelahan.

Insiden bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan kerosakan harta benda awam.