Saifuddin Abdullah, Mohd Shukri digugur sebagai Pengerusi PN Pahang, Perlis

LocalPolitics
28 Oct 2025 • 2:34 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli masing-masing digugurkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang dan Perlis.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Jawatan pengerusi bagi kedua-dua negeri itu kini disandang oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN Pahang), manakala Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN Perlis).

Pelantikan yang berkuat kuasa hari ini, diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MPTN) yang bersidang malam tadi, dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN.

Bagi jawatan Pengerusi Johor, ia disandang oleh Datuk Dr Sahruddin Jamal; Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah); Datuk Ahmad Yakob (Kelantan); Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Melaka) dan Mohamed Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan).

Selain itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perak); Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai (Pulau Pinang); Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Sabah); Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak); Mohamed Azmin (Selangor); Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin (Wilayah Persekutuan).

Selain pelantikan Pengerusi PN negeri, Azmin berkata, mesyuarat malam ini turut membincangkan beberapa perkara penting termasuk berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, MTPN sebulat suara bersetuju PN akan mengambil bahagian aktif dalam PRN Sabah. - 28 Oktober, 2025

The post Saifuddin Abdullah, Mohd Shukri digugur sebagai Pengerusi PN Pahang, Perlis appeared first on Scoop.