Bagi laluan pimpinan baharu! Saifuddin pula desak Muhyiddin berundur, Azmin digugurkan

LocalPolitics
27 Oct 2025 • 11:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dari jawatannya sebagai presiden bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Menurut laporan Malaysia Kini, beliau turut menegaskan Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali perlu digugurkan bagi memulihkan imej parti yang menurutnya terjejas akibat isu moral.

Tindakan itu dipercayai merujuk kepada skandal video seks yang dikaitkan dengan Azmin enam tahun lalu dan kini dijadikan senjata dalam perebutan kuasa dalaman Bersatu.

Saifuddin pula desak Muhyiddin berundur

image is not available

Selain itu, Saifuddin bersama enam lagi ketua bahagian Bersatu turut mendesak supaya Ketua Penerangan parti, Tun Faisal Ismail Aziz, digantikan.

Kenyataan bersama itu turut ditandatangani oleh ketua bahagian Bersatu Pasir Salak, Puchong, Dungun, Jasin dan Selayang.

Saifuddin menjadi ahli Parlimen ketiga yang menentang kepimpinan Muhyiddin secara terbuka selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Wan Saiful sebelum ini dipecat daripada parti, manakala keahlian Wan Ahmad Fayhsal digantung selama sepenggal.

Saifuddin pula desak Muhyiddin berundur

image is not available

Terdahulu, Saifuddin turut hadir pada sidang media anjuran Wan Saiful bulan lalu, yang menafikan dakwaan kononnya 120 ketua bahagian mahu menyingkirkan Muhyiddin.

Sebaliknya, mereka hanya menuntut agar pelan peralihan kepimpinan yang dipersetujui sebelum ini dilaksanakan, dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin dinamakan sebagai presiden baharu Bersatu.