Saifuddin Nasution minta ibu bapa Zayn Rayyan lapor polis jika terancam

15 Jun 2024 • 8:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution minta ibu bapa Zayn Rayyan lapor polis sekiranya berasa terancam selepas kertas siasatan kes pembunuhan anak mereka ‘bocor’ di media sosial.

Beliau berkata demikian ketika ditemui hadir merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Kulim Bandar Baharu, hari ini.

Minta ibu bapa Zayn Rayyan lapor polis

Memetik laporan Harian Metro, Saifuddin Nasution berkata pihak polis menjaga keselamatan rakyat termasuk ibu bapa Zayn Rayyan.

Menurutnya, ini bagi memastikan siasatan kes berjalan dengan lancar lebih-lebih ia dianggap berprofil tinggi.

“Kes ini dianggap berprofil tinggi dan perkembangan terkini dianggap sebagai memeranjatkan sesetengah pihak, tetapi pihak polis tetap mengumpul maklumat secara profesional.
“Jika ada pihak dalam kes ini, terutama keluarga berasa terancam, salurannya adalah polis, mereka kena lapor kepada polis,” katanya.

image is not available

Netizen perlu elak komen, ganggu siasatan

Tambahnya, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau memberi andaian di media sosial sehingga menjejaskan siasatan yang dibuat.

Pihaknya juga memberi jaminan siasatan polis dalam kes terbabit dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Seluruh siasatan berpandukan disiplin, polis tak boleh bertindak di atas persepsi atau maklumat samar, dalam kes bunuh kena ada mayat, motif dan senjata berpandukan prosedur siasatan.
“Sebab itu netizen kena elak beri komen mengganggu siasatan, pandangan yang semata-mata persepsi.
“Beri ruang kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lengkapkan siasatan terlebih dahulu,” katanya lagi.

image is not available

Beliau juga menyeru supaya masyarakat menggunakan maklumat daripada sumber berwibawa daripada pihak berkuasa untuk rujukan.

Terdahulu, peguam mewakili keluarga, Fahmi Abd Moin meminta siasatan secara menyeluruh kes terbabit dilakukan kerana keluarga mangsa terganggu dari segi emosi selain meminta polis menjamin keselamatan mereka.

Keluarga mangsa turut meminta satu siasatan dilakukan untuk mengenal pasti sumber dan individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat dikatakan kertas siasatan kes terbabit di media sosial.

Pengarah CID (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Bukit Aman akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung penyebaran maklumat tersebut.

Sumber: Harian Metro (M Hifzuddin Ikhsan)