Saintis Temui Warna Baharu ‘Olo’ Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini

WorldTechnologyDigitalSpace
24 Apr 2025 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekumpulan saintis dari Universiti California, Berkeley telah berjaya menemui warna baharu yang dikenali sebagai Olo iaitu warna biru-hijau terang yang tidak pernah dilihat oleh mata manusia secara semula jadi. Penemuan ini dicapai melalui penggunaan pancaran laser bagi merangsang sel kon tertentu dalam retina mata dan membolehkan para peserta yang terlibat dalam kajian melihat warna unik ini.

image is not available
Gambar daripada sumber

Secara teori, manusia melihat warna melalui tiga jenis sel kon dalam mata, iaitu L (merah), M (hijau), dan S (biru). S memberi respon terhadap cahaya biru (pendek), M kepada hijau (sederhana), dan L kepada merah (panjang). Ketika melihat warna, otak kita memproses gabungan daripada ketiga-tiga sel kon tadi untuk menghasilkan warna. Namun begitu, dalam satu penemuan terbaru ini, saintis berjaya merangsang sel kon M (hijau) sahaja tanpa melibatkan sel kon lain. Hasilnya, peserta dapat melihat warna unik yang tidak pernah wujud secara semula jadi.

Walaupun warna ini masih belum digunakan secara meluas dalam konteks semula jadi, penemuan ini telah membuka potensi baharu dalam bidang sains, teknologi, dan paparan visual. Saintis turut percaya bahawa warna unik ini berpotensi untuk digunakan secara meluas pada masa hadapan terutamanya dalam teknologi paparan visual.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved