Saiz Skrin Apple iPhone 17 Plus Dilaporkan Lebih Kecil Dari 6.7 Inci?

Digital
19 Apr 2024 • 5:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Apple iPhone 17 Plus dilaporkan akan dilancarkan dengan saiz skrin yang lebih kecil daripada model iPhone Plus sebelum ini.

Menerusi laporan Business Today, penganalisis terkenal Ross Young berkata, Display Supply Chain Consultants telah membayangkan perubahan ketara dalam perancangan untuk rangkaian telefon pintar utama Apple.

image is not available

Foto: phonearena.com

“Tetapi akan datang, iPhone 17 mungkin menawarkan model Plus dengan saiz skrin yang lebih kecil,” katanya melalui hantarannya di X baru-baru ini.

Dia berkata, sejak iPhone 14 dilancarkan pada Septempar 2022, model Plus yang turut diperkenalkan membawa saiz sama dengan iPhone model Pro Max, iaitu 6.7 inci.

“Sementara model biasa mengekalkan saiz sama dengan model Pro. Perkara ini diteruskan sehingga iPhone 15 dan kelak iPhone 16,” ujarnya.

image is not available

Foto: itechstore.com

Ross Young juga memberitahu terdapat dakwaan yang mengatakan iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max akan menggunakan saiz skrin lebih besar dengan masing-masing membawa saiz 6.3-inci dan 6.9-inci.

“iPhone 17 Plus bersedia untuk mengatasi trend dengan menggunakan skrin yang lebih kecil berbanding model sebelumnya.

“Jika iPhone 17 Plus menggunakan saiz skrin lebih kecil dan tidak lagi sama dengan Pro Max, Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max,” tambahnya lagi.

image is not available

Foto: gizchina.com

Sementara itu, pakar industri pula menggesa supaya berhati-hati dalam mentafsirkan khabar angin berkenaan saiz skrin tersebut sebagai rancangan konkrit kerana pihak Apple sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.