“Saja Nak Tarik Perhatian Netizen..” – Enggan Akui Isteri Hamil, Abang Tesla Berhenti Hisap ‘Vape’ Bersebab

4 Jan 2024 • 4:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh sensasi yang dikenali sebagai Abang Tesla tidak mahu mengulas lanjut tentang bayangan dirinya bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Sengaja tarik perhatian

Menurutnya, dia tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara tersebut kerana sengaja ingin meninggalkan netizen tertanya-tanya. Sebelum ini diketahui personaliti media sosial ini ingin berhenti menghisap vape sebagai tanda membayar nazar sekiranya hajatnya tercapai.

Saya tak mahu komen apa-apa. Saja nak tarik perhatian netizen buat spekulasi.

Apa yang penting saya sudah bernazar tidak mahu hisap vape lagi bila saya dapat apa yang saya hajatkan tu.

Ada berita baik

Pada masa yang sama, Abang Tesla ini turut berkata dirinya akan memberitahu orang ramai sekiranya ada berita gembira yang menunggu. Meskipun dirinya tidak mendedahkan apa hajatnya, ramai yang berspekulasi bahawa dia akan mendapatkan anak tidak lama lagi.

Kalau ada berita baik nanti saya akan kongsi.

Pada Ogos tahun lalu, Abang Tesla sempat tular di media sosial apabila dirinya dinyatakan sudah berkahwin buat kali kedua namun katanya pernikahan tersebut direstui isteri pertamanya, Nurmajdina.

image is not available 1 week ago

"Maaf Untuk Apa Yang Telah Berlaku.." - Abang Tesla Sambut 'Anniversary' Ke-5 Dengan Isteri Pertama