Sajat Pesan Bella Astillah ‘Jangan Takut Tinggalkan Sampah’, Yakin Yang Lebih Baik Jadi Pengganti

Entertainment
5 Apr 2024 • 10:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu pergolakan rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz yang menjadi topik hangat di kalangan netizen baru-baru ini telah mendapat perhatian usahawan kosmetik, Nur Sajat yang kini menetap di Australia.

Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menerusi satu video di TikTok telah memberi nasihat kepada Bella Astillah berhubung isu yang sedang dialaminya itu.

“Jangan takut jual beg secondhand sebab…”

Menurut Sajat, dia menasihati Bella Astillah agar tidak takut untuk meninggalkan ‘sampah’ kerana katanya, yang lebih baik pasti akan datang selepas itu.

Peringatannya juga ditujukan kepada wanita-wanita lain di luar sana yang mengalami masalah yang serupa dengan pelakon wanita tersebut.

Ingatlah Bella, ingatlah pada wanita-wanita di luar sana. Jangan takut tinggalkan sampah sebab biasanya sampah orang akan buka plastiknya juga. Faham?

“Jangan takut jualkan beg secondhand. Sebab beg secondhand ramai orang nak. So janganlah risau, lepaskan.

“Bila once you lepaskan, ada yang lebih bagus yang akan datang,” katanya.

Sajat juga berkata, mungkin ‘pengganti’ yang akan dimiliki Bella selepas ini tidaklah sekacak Aliff Aziz tetapi orang berkenaan mungkin lebih baik dari segi kasih sayang, akidah dan sebagainya.

Malah menurut Sajat lagi, tidak semestinya pengganti tersebut seorang pasangan, boleh jadi Bella akan mendapat rezeki yang lebih baik dari segi perniagaan, kerjaya dan sebagainya.

Nasihat yang diberikan Sajat ini juga dipersetujui netizen yang mana meminta Bella Astillah untuk terus tabah dengan dugaan yang dihadapinya.

image is not available

Kita doakan yang baik-baik sajalah buat mereka.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.