Sajat & Roslan Shah Buat Paranormal Di Kubur Bukit Brown, Terpaksa Berubat Sampai Muntah Darah?

LocalEntertainment
30 Jul 2025 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di platform Threads baru-baru ini apabila seorang pengguna mendedahkan kisah mengejutkan melibatkan Cik Lan dan usahawan sensasi, Sajat, yang didakwa melakukan aktiviti paranormal di kawasan perkuburan terkenal, Bukit Brown.

Menurut perkongsian tersebut, pasangan itu dikatakan menjalankan eksplorasi misteri pada waktu malam di kawasan yang sering dikaitkan dengan gangguan mistik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Roslan Shah (@realroslanshah)

Tulis individu itu,

Cik Lan dengan Sajat buat paranormal dekat Bukit Brown. Berani betul ya 2 orang ni.

Namun, kisah itu menjadi lebih mengejutkan apabila dikatakan keesokan harinya, kedua-duanya dilaporkan mendapatkan rawatan dengan Ustaz Shafiq dari Pusat Rawatan Al Idrus. Lebih menggemparkan, rawatan tersebut dikatakan menyebabkan Cik Lan daripada mereka muntah darah!

image is not available

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Cik Lan atau Sajat setakat ini, namun netizen mula membuat pelbagai spekulasi mengenai kejadian tersebut.

Ada yang mendakwa ia sebagai balasan kerana ‘main-main’ dengan alam ghaib, dan ada juga yang menasihati agar tidak menjadikan lokasi seperti itu sebagai tempat konten murahan.

image is not available 2025-07-28 12:14:26

"Kita Tak Layak Menghukum, Semua Ada Khilaf Masing-Masing.." - Fasha Sandha Kongsi Momen Bertemu Sajat