“Esoknya terus berubat” – Nak Rasai Pengalaman Seram, Sajat & Roslan Shah Buat Aktiviti Paranormal Di Singapura

Entertainment
30 Jul 2025 • 5:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Usahawan sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dan rakannya, pengacara Roslan Shah baru-baru ini mencabar diri mereka melakukan aktiviti paranormal di Singapura untuk merasai pengalaman seram.

Menerusi video tular di TikTok, Sajat dan Roslan Shah dikatakan melakukan aktiviti paranormal di tapak perkuburan Bukit Brown.

Dalam klip video itu, dapat dilihat pelbagai ragam antara Sajat dan Roslan Shah ketika melakukan aktiviti berkenaan.

Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya geli hati melihat telatah dua sekawan itu.

Sajat & Roslan pergi berubat?

Bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, Sajat dan Roslan Shah dikatakan terpaksa mendapatkan rawatan dengan Ustaz Shafiq dari Pusat Rawatan Al Idrus pada keesokan harinya.

“Tapi keesokan harinya terus berubat dengan Ustaz Shafiq sampai muntah darah!” tulisnya.

image is not available

Pun begitu, netizen mempersoalkan kesahihan jika benar mereka terkena gangguan. Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Roslan Shah atau Sajat.

Apa pun, perkara yang melibatkan alam ghaib ni janganlah dibuat main.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.