Saka pertahan gelaran pemain terbaik England

6 Sep 2023 • 10:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SAKA. - FOTO FB ARSENAL

PENYERANG Arsenal, Bukayo Saka dinobatkan sebagai Pemain Terbaik England untuk musim kedua berturut-turut.

Pemilihan pemain itu dibuat oleh peminat sekali gus mengatasi dua lagi pemain iaitu Jude Bellingham dan penyerang Harry Kane, yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Saka yang membuat penampilan sulungnya bersama skuad England pada Oktober 2020 menjaringkan tujuh gol dalam 10 perlawanan dalam tempoh 12 bulan terakhir untuk England termasuk tiga gol di Piala Dunia 2022.

Dia dinamakan pemain terbaik perlawanan semasa kemenangan 6-2 dalam perlawanan pembukaan menentang Iran di Piala Dunia Qatar serta dalam kemenangan ke atas Ukraine dan Macedonia Utara dalam kelayakan Euro 2024.

Saka, yang terkejut mendapat tahu berita itu di pusat latihan England, St George's Park, ketika menyambut hari jadinya ke-22, baru-baru ini dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Musim PFA selain tersenarai dalam Pasukan Liga Perdana Tahunan PFA.

Pemain Terbaik Tahunan Wanita England bagi musim 2022-23 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved