Sakan Bergelek, Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Tarian Puspa Gomen, Tuan Badan Respon - “Terima Kasih..”

19 Dec 2024 • 4:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sepotong video memaparkan personaliti media sosial, Puspa Gomen berjoget baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai. 

Buat challenge tarian

Menerusi perkongsian di akaun TikToknya, Puspa Gomen atau nama sebenarnya Raudzah Ismail dilihat rancak bergelek bersama suaminya menggunakan lagu trending Aku Cinta Padamu versi dangdut nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

“Ingatlah daku walaupun aku di Hainan China,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. 

 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji tarian yang dipersembahkan oleh wanita asal Perlis ini. 

 

“Nice terbaik, sokong.

 

“Sporting nya suami Cik Puspa. 

 

“Lawa baju, menarik juga gaya gelek akak,” komen beberapa netizen. 

Dalam masa sama, ada juga segelintir netizen yang kurang senang melihat aksinya itu di laman sosial.

 

“Akak cantik, sempat lagi tau nak padam semoga dipermudahkan segala urusan. 

 

“Dia yang joget aku pula yang rasa malu.

 

“Lain macam level suami dia redha bini dia payung,” komen beberapa netizen.

 

Meskipun menerima kritikan, Puspa Gomen bagaimanapun sempat membalas komen ringkas dan berterima kasih kepada warganet yang sudi memberi sokongan terhadap dirinya. 

 

“Terima kasih komen dan sokong,” balasnya.

 

View Original Article