Sakan Joget Hindustan, Dipanggil Buat Tak Tahu Pula. Telatah Budak Ini Bikin Ramai Terhibur! [Video]

Entertainment
1 Sep 2023 • 3:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kehadiran anak dalam rumah tangga sememangnya menjadi penyeri dalam sebuah keluarga. Ini kerana keletah mereka yang bersahaja dan menghiburkan itu boleh mendatangkan keceriaan terutama buat ibu bapa.

Malah, sering kali kedengaran ibu bapa terutama golongan yang bekerja berkongsi pengalaman bahawa dengan hanya melihat wajah dan keletah anak, itu sudah cukup untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi.

Anak Sakan Menari Hindustan, Buat Tak Dengar Bila Adik Panggil

Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita di akaun TikTok @nr8990 mengenai keletah anaknya yang sakan berjoget lagu hindustan.

Menurut wanita berkenaan, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aryan merupakan anak kedua yang sering menjadi penghibur dalam keluarga mereka.

“Penghibur hati keluarga, dialah,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menerusi video yang telah menerima lebih daripada 300 ribu tontonan itu, kelihatan Aryan sedang menari lagu hindustan yang dipercayai dari filem Dhadkan.

Kanak-kanak itu dilihat menari menggoyangkan badan ke kiri dan kanan. Malah, kedengaran adik kanak-kanak lelaki itu memanggil namun tidak diendahkan olehnya.

Wanita itu juga kelihatan geram dengan perangai anak kesayangannya itu, namun baginya ia adalah satu perkara yang menghiburkan.

“Mummy tengah lipat kain ni, mendapat juga Aryan ni karang,” tulisnya di ruangan video berkenaan diikuti emoji ketawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keletah kanak-kanak lelaki comel itu.

Malah, ada segelintir yang berpendapat bahawa suasana dalam rumah berkenaan pasti akan sunyi sekiranya dia tiada di rumah.

Perangai Jenis Macam Ini La Yang Jadi Penghibur Orang Ramai

image is not available

image is not available

Ingat Dia Joget Lagu Arab, Rupanya Lagu Dalam Cerita Dhadkan

image is not available

image is not available

Anak Nombor Dua Memang Jenis Penghibur

image is not available

image is not available

image is not available

Lagi 20 Tahun Boleh Tunjuk Dekat Bakal Bini Dia

image is not available

Source: