"Saya Dah Tiada Ayah" - Nubhan Dedikasikan Lagu Untuk Mak Jenny!

26 Aug 2023 • 9:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Keletah bersahaja ibu kepada penyanyi Nubhan Ahmad iaitu Badariah Omar, 78, atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny menarik perhatian ramai. 

Apatah lagi, rakaman video yang dimuat naik Nubhan memaparkan aksi lucu dan spontan ibunya itu mencuit hati peminat.

Malah, karakter Mak Jenny yang dicipta oleh Nubhan itu berjaya mengumpul peminat tersendiri sekali gus mempopularkan dirinya.

Selain pelbagai kejutan dan hadiah istimewa yang diberikan kepada ibunya, terbaharu Nubhan, 37, atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad merakamkan sebuah lagu yang dicipta dan didedikasikan khas buat Mak Jenny berjudul Kekasihku Untukku.

Lagu bergenre pop balada hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Ikhwan Fatanna itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Seventeen Eleven Music dan dlancarkan secara rasmi pada 18 Ogos 2023.

Nubhan berkata, selepas kali terakhir muncul dengan single duet bersama Siti Nordiana berjudul Sekali Lagi pada 2021, lagu Kekasihku Untukku ini disifatkan sebagai buah tangan yang cukup istimewa.

“Lagu ini saya rakamkan selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Diakui memang sudah lama tidak ada single solo dan kali terakhir pun pada dua tahun lepas, duet bersama Nana. Apabila ramai yang minta saya muncul dengan lagu baharu, jadi saya mahukan sesuatu yang baharu.

“Disebabkan itu, saya fikir apa salahnya buat lagu untuk Mak Jenny. Lagipun ramai yang dah kenal mak saya. Banyak video dia juga yang mencuit hati penonton. Niat saya menghasilkan lagu ini adalah nak jadikan ia sebagai lagu kasih sayang sejati terhadap ibu,” katanya.

image is not available

Tidak salah berbakti kepada orang tua





Rasa rindu ibu







Nubhan gembira orang masih ingat










View Original Article