“Sakinah Bahagia, Dah Berkenalan Dengan 9 Anak Tiri” – Sharifah Shahirah

EntertainmentLifestyle
28 Jul 2025 • 10:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyampai radio Sinar FM, Sharifah Shahirah atau Shiera, menyifatkan adik iparnya, Cyril Kongo, suami baharu kepada Sharifah Sakinah, sebagai seorang yang baik dan menghormati orang tua.

Shiera menjelaskan bahawa perkahwinan adiknya dengan lelaki kacukan Vietnam-Perancis itu mendapat restu penuh daripada ibu mereka serta seluruh keluarga.

Kami sekeluarga dah beberapa kali jumpa Cyril. Dia sangat hormat pada mak saya. Ibu pun restu perkahwinan mereka.

image is not available

Shiera turut meluahkan rasa syukur melihat Sakinah kini bahagia dan sudah mula berkongsi kehidupan peribadi di media sosial. Menurutnya, Sakinah juga telah berjumpa keluarga suami termasuk sembilan anak tiri.

Saya pesan padanya supaya layan anak tiri elok-elok. Tak perlu berebut apa-apa.

Terdahulu, Sakinah menjadi bualan selepas dikaitkan dengan gosip berkahwin secara rahsia. Namun, dia akhirnya memuat naik foto bersama Cyril yang juga pelukis grafiti terkenal berpangkalan di Bali.

image is not available 2025-06-13 10:38:33

"Laki Saya Kuat 'Nganjing' Saya" - Sharifah Sakinah Akhrinya Dedah Wajah Suami Baru