Sakit Hati Sering Dibandingkan, Anak Tikam Ibu Hingga Mati

2 Mar 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki di Semarang, Indonesia telah ditahan polis selepas dipercayai membunuh ibu kandungnya akibat berasa sakit hati kerana sering dibandingkan dengan adik-beradiknya yang sudah bekerja.

Menurut laporan media tempatan, insiden pembunuhan itu berlaku di rumahnya terletak di Jalan Gunungsari RT 10 RW 9, Kelurahan Jomblang, Kecamatan Candisari, Kota Semarang pada Selasa.

Dilaporkan suspek, Imam Ghozali, 37, sempat melarikan diri selama empat hari sebelum berjaya diberkas oleh Unit Jenayah Polis Semarang di sebuah rumah kosong di wilayah Tanah Putih baru-baru ini.

Suspek dipercayai membunuh ibunya dengan menggunakan sebilah parang sepanjang 50 sentimeter.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat luka tikaman di dada yang menembusi paru-paru.

Suspek kini didakwa mengikut Pasal 44 Ayat (3) Undang-Undang No. 23 Tahun 2004 mengenai Keganasan Rumah Tangga serta Pasal 340 KUHPidana.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun penjara.

Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian