“Sakit jatuh macam tu” – Netizen Kesian Pakcik Jatuh Terduduk Lepas Budak Main Tarik Kerusi Masa Solat

Entertainment
12 Mar 2024 • 4:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dinafikan, suasana masjid kembali meriah dengan dipenuhi orang ramai yang berlumba-lumba mencari keberkatan pada bulan yang mulia ini.

Kita dapat lihat, pelbagai latar belakang jemaah daripada muda hinggalah yang tua yang hadir ke masjid.

Namun, menjadi isu di dalam rumah ibadah apabila ada anak kecil dibiarkan berkeliaran di sekitar saf sehingga mengganggu pergerakan jemaah yang sedang solat.

Tular di TikTok, sebuah video CCTV memaparkan seorang jemaah jatuh terduduk akibat kelakuan seorang kanak-kanak.

Menerusi video terbabit, jemaah berkenaan yang berada di saf belakang menggunakan kerusi untuk solat tarawih.

Tiba-tiba, seorang kanak-kanak yang berkeliaran di situ mengalihkan kerusinya sehingga membuatkan dia jatuh terduduk.

“Sakit jatuh macam tu”

Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan melihat situasi pakcik berkenaan.

Dalam pada itu, netizen menyelar ibu bapa dan penjaga kanak-kanak kerana tidak memantau pergerakan anak-anak kecil sehingga menyusahkan orang lain.

Ada yang berkata sepatutnya anak-anak kecil sebegini tidak perlu dibawa ke masjid kerana takut perkara sebegini berlaku.

image is not available image is not available image is not available

Hmm, kita yang muda jatuh begitu pun dah rasa sakit, apatah lagi bagi orang tua.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.