“Sakit kepala aku fikir” – [VIDEO] Bangunan ‘Sekeping’ Di Singapura Buat Ramai Keliru, Rupanya Ilusi Mata Je!

Entertainment
21 Jul 2022 • 11:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang kaki travel ke sana sini, mesti bangunan-bangunan kat kawasan yang korang pergi tu akan mencuri tumpuan kan? Tak kisah lah yang tradisional ataupun yang moden, tetap buat kita rasa teruja bila tengok.

Lagi-lagi bila orang kata bangunan tu boleh jadi tarikan kepada pelancong yang datang. Macam satu video yang dikongsikan oleh @helmi_juhari di TikTok ni, dia memuat naik satu bangunan unik semasa percutiannya ke Singapura.

Lebih mengujakan apabila bentuk bangunan itu dilihatkan ‘sekeping’ seperti kertas sampaikan ramai yang keliru dengan rekaan binaan tersebut sebab dari mata kasar ianya seolah-olah lukisan 2D dalam animasi kartun.

“Ni building dalam game ke? Risau semua orang dalam tu jalan mengiring je haa!” – Komen netizen

image is not available

“Mainan ilusi je ni. Nama bangunan The Gateway”

Untuk korang yang tak tahu, jangan terkejut! Bangunan ni bukanlah leper macam orang katakan tapi sebenarnya ianya dibina dengan bentuk yang unik sebab melibatkan ilusi optik sehingga menyebabkan orang perlu pusing sekeliling untuk lihat bentuk sebenar bangunan itu.

image is not available

Menurut sumber, bangunan ini diberi nama The Gateway dan telah dibina sejak tahun 1990. Bukan tu je, ianya juga dibina oleh arkitek kelahiran Chinese-American yang terkenal dengan hasil rekaan yang bersudut iaitu I.M Pei.

Malah difahamkan nama The Gateway itu diberi untuk kedua-dua bangunan tersebut kerana ianya kelihatan seperti pintu gerbang masuk untuk ke satu tempat tetapi dipenuhi dengan kaca di seluruh bangunan.

Memang min respect lah arkitek ni… Power betul!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.