“Sakit Kepala Rasa Macam Nak Pecah Otak” – Che Ta Terpaksa Tangguh Majlis ‘Anniversary’, Disahkan Positif Covid-19

Entertainment
9 Dec 2023 • 5:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas 10 tahun membina rumah tangga bersama, sudah tentu aktres Rozita Che Wan merancang untuk meraikannya dengan suami, Zain Saidin.

Namun perancangan pelakon yang juga usahawan mesra dipanggil Che Ta itu tergendala apabila dia disahkan positif Covid-19, semalam.

Katanya, meskipun semua persiapan sudah siap dia terpaksa menangguhkan majlis itu disebabkan angka kes positif Covid-19 sekarang yang makin meningkat.

Semua sudah siap, termasuk tempahan lokasi majlis, solekan dan busana. Tapi malangnya, semalam ketika melakukan ujian kendiri Covid-19, keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali.

image is not available

Tambah aktres berusia 50 tahun itu, dia enggan merisikokan dirinya dan keluarga serta tetamu dan memilih untuk menunda majlis berkenaan sehingga sembuh.

Cerita Che Ta, dia berasa sedikit lemah dan sukar untuk tidur malah batuknya juga agak teruk. Dalam pada itu, dia sempat mengingatkan orang ramai untuk tidak mengambil mudah dengan virus itu.

Sakit kepala rasa macam nak ‘pecah otak’. Harap semua akan baik-baik saja selepas ini.

image is not available

image is not available 2 weeks ago

"Aaisyah Dapat Apa Dia Nak, Lifestyle Setiap Orang Tak Sama!" - Anak Didakwa Tak 'Enjoy' Zaman 'Childhood', Che Ta Bidas Balik