“Sakit mata tengok” – Netizen Tak Puas Hati Lihat Cara MPKj Tampal Jalan

25 Jan 2023 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi tugas majlis perbandaran untuk menurap jalan yang telah rosak demi keselesaan penduduk setempat dan kegunaan pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Unit Road Gang Jabatan Kejuruteraan, MPKj telah melakukan kerja-kerja menampal jalan di Jalan Bougenvilla, Taman Bukit Belimbing Cheras dan Jalan Changkat, Kajang.

image is not available

image is not available

image is not available

“Macam tampal kain”

Walau bagaimanapun, usaha yang dibuat MPKj telah menerima kecaman netizen kerana ramai yang menganggap ia dilakukan dengan ‘sambil lewa’.

Rata-rata netizen berpendapat jalan yang diturap tersebut nampak tidak kemas dan tidak rata serta hasil kerja yang sedemikian tidak patut diluluskan pihak berkuasa.

image is not available

MPKj beri respon

Susulan itu, pihak MPKj menerusi Twitter telah memberi respon berhubung perkara tersebut dengan menjelaskan bahawa kerja-kerja tampalan berkenaan hanyalah bersifat sementara menggunakan ‘coldmix’.

Kerja-kerja tampalan kekal menurutnya akan dilaksanakan pada Februari 2023 nanti dan pihak tersebut mengucapkan terima kasih atas pandangan yang diutarakan netizen.

Apa-apapun diharapkan pihak berwajib dapat meningkatkan kualiti dalam penurapan jalan. Bila jalan elok, kurang jugalah faktor yang membawa kepada kemalangan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.