Sakit Perut: ‘Daddy Selalu Diam, Taknak Susahkan Sesiapa’ – Najwa

5 Sep 2022 • 11:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anak perempuan bekas perdana menteri, Nooryana Najwa Najib menjelaskan bahawa ayahnya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sering diamkan diri jika berada dalam keadaan tidak sihat.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di InstaStory siang tadi, Najwa mendedahkan bahawa ayahnya itu tidak gemar untuk menyusahkan orang lain.

“Daddy bukan jenis yang mahu menyusahkan orang lain walaupun perkara tersebut menjejaskan kesihatannya,” katanya di platform media sosial itu.

Dalam kenyataan sama, Najwa mendedahkan perkara sebenar tentang masalah kesihatan yang dialami ayahnya itu.

“Daddy memang ada masalah perut yang berulang. Dia sangat terdedah dengan ulser perut akibat di bawah tekanan atau gastrik.

“Kali terakhir pendarahan ulser berlaku pada tahun lepas hingga tidak sedarkan diri akibat berlaku pendarahan dalaman dan daddy dikejarkan ke hospital selama seminggu untuk menerima rawatan,” katanya lagi.

image is not available
Gambar: InstaStory yananajib

Difahamkan, Najib pernah dimasukkan ke hospital selama tiga hari disebabkan masalah pendarahan ulser perut pada 2010 dahulu.

Di samping itu, dia berharap agar ayahnya dapat menjalani rawatan dan pemeriksaan yang rapi jika diperlukan oleh pihak penjara dan hospital.

Selain itu, dia sekeluarga turut berdoa agar ayahnya kembali pulih seperti sediakala serta menyatakan rasa syukur kepada semua rakyat yang turut sama mendoakan kesihatan sosok itu.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kekuatan Daddy.

“Tolong jagakan Daddy & Bossku kami. Dia sangat bermakna buat kami semua. Semoga Allah merahmati kami semua,” tulisnya.

“Maafkan Saya Daddy” – Najwa

image is not available

Sebelum ini, Siakap Keli pernah melaporkan dalam laporan terdahulu mengenai Najwa yang memuat naik hantaran di Instagram mengenai hukuman penjara yang diterima ayahnya dua minggu lalu.

Dalam laporan tersebut, tertulis “Maafkan saya daddy”, merujuk kepada ungkapan sedih Najwa selepas mahkamah memutuskan ayahnya kekal dengan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta.

Menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instagram, hantaran itu memaparkan dua tangan yang dipercayai tangan ayahnya yang digenggam erat bersama.

“Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sistem keadilan kita.

“Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati dalam matlamat dan tujuan kita sehingga kita menentangnya selama empat tahun ini,” katanya dalam hantaran tersebut ketika itu.