Saksi Bank Sahkan RM8 Juta Dipindahkan Dari Akaun Fashion Valet Kepada Akaun 30 Maple

LocalBusiness & Finance
20 Jul 2026 • 4:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu terdapat dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun FashionValet Sdn. Bhd. ke akaun bank milik 30 Maple Sdn. Bhd. pada 2018.

Pengurus Khidmat Pelanggan CIMB Bank Cawangan Taman Tun Dr. Ismail, Azizan Hassan, 45, mengesahkan semakan terhadap penyata akaun CIMB milik 30 Maple menunjukkan transaksi sebanyak RM5 juta dan RM3 juta dilakukan secara dalam talian pada 21 Ogos 2018.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut saksi pendakwaan pertama itu, wang berkenaan dipindahkan daripada akaun Public Bank milik FashionValet dengan deskripsi menyatakan ia merupakan wang pendahuluan kepada 30 Maple.

Baki akaun sebelum transaksi pertama berjumlah RM2,678,853.48.

“Pada hari sama (21 Ogos), telah berlaku satu lagi transaksi kemasukan wang sebanyak RM3 juta dengan deskripsi yang sama. Saya juga sahkan baki sebelum kemasukan wang berjumlah RM3 juta adalah RM7,678,853.48,” katanya.

Azizan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada hari pertama perbicaraan pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

Pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai pengarah FashionValet melakukan pecah amanah terhadap dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dengan membuat pembayaran RM8 juta kepada 30 Maple tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah FashionValet.

View this post on Instagram

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda.

Vivy dan Fadzarudin turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan kerana didakwa dengan niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan dana milik FashionValet berjumlah RM8 juta di lokasi dan tarikh sama.

Pertuduhan pilihan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Vivy Dan Fadzarudin Penandatangan Akaun

Menjelaskan butiran akaun 30 Maple, Azizan mengesahkan akaun semasa tersebut didaftarkan pada 11 Jun 2018 dengan Vivy dan Fadzarudin sebagai penandatangan yang dibenarkan.

Semakan penyata bank bagi September 2018 turut menunjukkan pengeluaran wang berjumlah RM10,213,537.28 pada 3 September 2018.

Pada tarikh sama, terdapat transaksi kemasukan wang sebanyak RM5 juta sebelum pengeluaran jumlah yang sama dibuat pada 4 September 2018 dengan deskripsi dividen interim atas nama Fadzarudin.

Azizan memberikan keterangan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry dan Haresh Prakash Somiah.

Terdahulu, peguam Datuk M. Athimulan yang mewakili pasangan tersebut memohon supaya sesi soal balas terhadap saksi dijalankan pada Jumaat ini kerana beliau sedang bercuti sakit. Mahkamah membenarkan permohonan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tunku azizah2026-07-20 14:37:17

Tunku Azizah 'Jemput' Masyarakat Orang Asli Tinggal Di Tanah Milik Baginda Di Maran

The post Saksi Bank Sahkan RM8 Juta Dipindahkan Dari Akaun Fashion Valet Kepada Akaun 30 Maple first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved