
Kota Kinabalu: Rakyat Sabah dan mereka yang selama ini ingin mengetahui apa yang berlaku pada saat-saat akhir insiden pembunuhan beramai-ramai di Petagas sebelum subuh pada 21 Januari 1944, bernasib baik kerana satu-satunya saksi yang ada masih hidup.
Dia menceritakan peristiwa bersejarah itu dalam suatu temu bual eksklusif kepada Daily Express, yang berjaya menjejakinya di Petagas, tidak jauh dari tugu peringatan.
Derasik Midow, kini hampir sepanjang masa berkerusi roda pada usia 90-an, berusia hampir 12 tahun apabila dia menemani bapanya yang juga pemandu lokomotif Midow Sahat dan saudaranya Matzin Ani, yang diarahkan oleh pihak Jepun untuk mengambil beberapa orang di sepanjang beberapa hentian dari Melalap, Tenom dan Beaufort, yang berakhir di Tanjung Aru.


