Saksi kanak-kanak pertama beri keterangan

LocalFamily & Parenting
23 Sep 2025 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Saksi kanak-kanak pertama mula memberi keterangan pada Isnin dalam inkues kematian arwah Zara Qairina Mahathir yang kini memasuki hari ke-11 prosiding.

Keterangan itu didengar secara in camera atau tertutup mengikut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (ECWA) di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Akta tersebut dengan tegas melarang sebarang penerbitan maklumat yang boleh mendedahkan identiti saksi kanak-kanak termasuk dalam media massa dan platform elektronik.

ECWA digubal bagi melindungi kebajikan saksi kanak-kanak serta memudahkan mereka memberi keterangan.

Walaupun butiran keterangan mereka tidak boleh didedahkan kepada umum namun akta berkenaan menetapkan prosedur bagaimana keterangan dikumpul dan dibentangkan di mahkamah.

Dalam prosiding Isnin saksi kanak-kanak ditempatkan di bilik berasingan bersama jurubahasa mahkamah dan penjaga manakala semua pihak lain mengikuti secara jarak jauh.

Jumaat lalu Koroner mengarahkan semua pihak terlibat termasuk beliau sendiri, pegawai pengendali dan peguam pemerhati tidak perlu memakai pakaian rasmi semasa mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak.

Inkues sebelum ini dimaklumkan bahawa 35 daripada 68 saksi yang dijadualkan ialah kanak-kanak sekali gus menjadikan prosiding dijangka mengambil masa panjang.

Sehingga kini lapan saksi dewasa telah memberi keterangan sejak prosiding bermula pada 3 September dengan 25 lagi saksi dewasa dijangka tampil.

Saksi kanak-kanak pertama itu akan menyambung keterangannya pada Selasa.