Shafie Apdal Didakwa Hina Mahkamah, Koroner Keluarkan Notis Tunjuk Sebab

LocalPolitics
22 Sep 2025 • 1:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini dikenakan surat tunjuk sebab oleh Mahkamah Koroner susulan kenyataannya berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang didakwa menghina mahkamah.

Shafie didakwa hina mahkamah, pertikai tatacara siasatan polis

Menurut laporan Astro Awani, dalam ucapannya di Sandakan sebelum ini, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu menyifatkan kematian Zara Qairina sebagai pembunuhan selain mempertikai tatacara siasatan polis serta pakar patologi forensik.

image is not available

Foto: Carian Google

Koroner Amir Shah Amir Hassan mengeluarkan notis tersebut selepas tiada bantahan daripada mana-mana pihak termasuk Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan inkues.

Permohonan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab berkenaan dibawa oleh peguam Datuk Ram Singh dalam prosiding tertutup hari ini.

Ram adalah salah seorang peguam mewakili Pelajar A, iaitu individu yang pernah didakwa menggunakan kata-kata mencela terhadap arwah Zara Qairina.

Perkara itu turut disahkan oleh pegum Azhier Farhan Arisin.

Sumber: Astro Awani (Yasmin Natasha)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved