Saksikan Pusingan Akhir OPPO Hyper Legend Cup x MLBB Di One Utama

GamingSports
17 Apr 2026 • 11:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Untuk para peminat esukan terutamanya Mobile Legends Bang Bang, jangan ketinggalan untuk saksikan pusingan akhir OPPO Hyper Legend Cup yang diadakan di One Utama dari 16 April sehingga 19 April 2026. Sebanyak lapan pasukan yang berperingkat universiti dari empat negara Asia Tenggara akan berentap untuk merebut kejuaraan. Hadiah terkumpul yang diberikan juga lebih lumayan iaitu 100,000USD yang bernilai lebih dua kali ganda dari siri sebelum ini.

Image from: Saksikan Pusingan Akhir OPPO Hyper Legend Cup x MLBB Di One Utama

Kejohanan ini telah berjaya menarik lebih 1,400 penyertaan dari Filipina, Indonesia, Singapura dan Malaysia. Dua pasukan tuan rumah iaitu KPTM x Velocity dan UiTM x Velocity akan menghadapi tentangan hebat dari pasukan negara lain seperti NU Bulldogs dan FAITH Colleges Bravehearts wakil dari Filipina. Little Pikaaa dan Semangka wakil dari Indonesia serta TKP dan Clarity Gaming wakil dari Indonesia.

Siri OPPO Reno15 akan menjadi peranti rasmi sepanjang kejohanan ini berlangsung kerana prestasinya yang tiada kompromi dengan beberapa ciri penting seperti skrin 120 FPS, sistem penyejukan VC dan kapasiti bateri 6500mAh berserta pengecasan pantas 80W SUPERVOOC memberikan pengalaman permainan yang berpanjangan. AI LinkBoost 3.0 pula akan memberikan sambungan yang stabil untuk para pemain kekal fokus.

Image from: Saksikan Pusingan Akhir OPPO Hyper Legend Cup x MLBB Di One Utama

Pengunjung juga berpeluang untuk berjumpa dengan dua lagenda MLBB Malaysia iaitu Soloz dan Feekz kerana mereka juga akan turut hadir memeriahkan suasana. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan beberapa aktiviti menarik termasuk merasai teknologi terbaru oleh OPPO dan berpeluang untuk menang barangan ekslusif sepanjang empat hari acara berlangsung.