
PETALING JAYA: Pelakon, Sharifah Shahora, 51, memilih untuk tidak terlalu dalam bersuara mengenai isu lambakan warga Rohingya yang hangat diperkatakan ketika ini.
Katanya, dia percaya tindakan sedang diambil bagi menangani isu berkenaan justeru menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan untuk menyelesaikannya.
”Ada yang kata artis tak bersuara isu Rohingya. Hal antarabangsa ini tak berani nak bangkitkan sangat sebab saya sendiri tak pasti apa rangka kerja kerajaan tangani isu ini,” katanya.
Sharifah dalam pada itu memaklumkan dia juga khuatir hilang pekerjaan akibat disekat stesen produksi sekiranya terlalu bersuara mengenai isu berkenaan.
“Salah cakap kena ‘banned’, lepas itu tak ada kerja nanti.
”Mintak derma kena hina pulak. Kita support sipi sipi sahaja ya. Apapun akak setuju dengan engkau orang,” katanya lagi. – UTUSAN
The post Salah cakap, kena ‘banned’ – Sharifah Shahora appeared first on Utusan Malaysia.


