Rohingya: Simpati jangan sampai menutup realiti

LocalOpinion
30 Jul 2026 • 7:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rohingya: Simpati jangan sampai menutup realiti
Kerajaan perlu melaksanakan pelan tindakan menyeluruh bagi mengatasi isu etnik Rohingya. Gambar hiasan

ISU membabitkan etnik Rohingya kembali hangat diperkatakan susulan semakin banyak rungutan penduduk di beberapa kawasan penempatan.

Ada yang mendakwa pertambahan jumlah penghuni semakin mengubah wajah sesetengah kawasan, manakala bantahan penduduk turut dilaporkan sehingga mencetuskan tindakan mengusir mereka dari kampung atau penempatan tertentu atas dakwaan pelbagai masalah.

Merak Jalanan percaya setiap manusia berhak hidup dengan bermaruah. Namun, hak itu perlu seiring tanggungjawab menghormati undang-undang, budaya dan kehidupan masyarakat setempat.

Hampir setiap hari, Merak sendiri berdepan situasi terpaksa memperlahankan kenderaan di jalan utama apabila beberapa basikal roda tiga yang sarat dengan barangan lusuh dikayuh perlahan warga Rohingya. Keadaan itu bukan sahaja mengganggu aliran trafik, malah menimbulkan risiko keselamatan pengguna.

Tidak kurang juga rungutan soal kebersihan apabila ada penduduk mendakwa kesan ludahan sirih pada dinding rumah dan kaki lima mencacatkan pemandangan. Lebih membimbangkan apabila ada pemilik rumah mendakwa kediaman mereka semakin sukar dijual susulan persepsi sebahagian pembeli terhadap kawasan yang dihuni ramai warga Rohingya.

Bagi Merak, tiba masanya kerajaan melaksanakan pelan tindakan menyeluruh dengan memperkukuh penguatkuasaan, pendaftaran dan pengesahan identiti pelarian.

Merak percaya penyelesaian bukan dengan menyemai kebencian, tetapi melalui dasar tegas, penguatkuasaan konsisten dan pendekatan berhemah. Kepentingan rakyat perlu dipelihara, namun nilai kemanusiaan tidak boleh diketepikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved