Salah guna kuasa: SPRM Labuan tahan Ketua Penolong Pegawai Perubatan

LocalPolitics
25 Jul 2025 • 2:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan menahan reman seorang Ketua Penolong Pegawai Perubatan kerana dipercayai menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kerja-kerja bagi syarikat milik isterinya.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan lelaki berusia 50an itu direman sehingga 28 Julai ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Labuan, Khamis.

Menurut sumber, suspek ditahan di Pejabat SPRM Labuan ketika hadir memberi keterangan sekitar jam 5.40 petang, Rabu lepas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Suspek dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dengan mendapatkan kerja-kerja ‘forwarding’ atau yang berkaitan pengurusan logistik di tempatnya bekerja sekitar 2023 dan 2024.

“Kerja-kerja membabitkan nilai kira-kira RM20,000 berkenaan diberikan kepada syarikat milik isterinya,” katanya.

Pengarah SPRM Labuan Muhammat Azis Malmod, yang mengesahkan tangkapan itu, berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.