Salah Guna Ruang Parkir Awam, Premis Makanan Di Samarahan Disita MPKS

11 Mar 2025 • 8:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

MPKS Rampas Kerusi dan Meja

Salah Guna Ruang Parkir Awam, Premis Makanan Di Samarahan Disita MPKS. Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) baru-baru ini menjalankan operasi sitaan ke atas sebuah premis makanan yang menggunakan lot parkir awam sebagai ruang tambahan perniagaan.

Operasi yang berlangsung di Pusat Komersial Desa Ilmu itu menyaksikan beberapa barangan seperti meja, kerusi, serta kanopi disita.

image is not available

Laporan polis telah dibuat bagi tujuan rekod serta siasatan lanjut

Tindakan sitaan ini dibuat selaras dengan Local Authorities (Cleanliness) By-laws, 1999 di bawah By-laws 18 (1)(b), iaitu meletakkan objek atau barangan yang menyebabkan halangan di tempat awam.

Menurut pihak MPKS, operasi ini bertujuan memastikan pemilik premis perniagaan patuh kepada peraturan yang ditetapkan, di samping menjadikan bandar Kota Samarahan bersih, ceria, serta selamat untuk semua.

Pihak MPKS turut memaklumkan bahawa laporan polis berhubung tindakan sitaan tersebut telah dibuat bagi tujuan rekod serta siasatan lanjut. Gambar-gambar operasi tersebut dikongsikan oleh MPKS di laman rasmi Facebook mereka sebagai peringatan kepada semua peniaga agar mematuhi undang-undang dan tidak menggunakan ruang awam sewenang-wenangnya.

Baca juga cerita semasa di bawah: