Salah Laku Projek DBKL Afdlin Shauki: Laporan Siasatan Dalam Bakal Siap Minggu Depan – Menteri Wilayah

Entertainment
1 Feb 2025 • 2:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan hari ini berkata Unit Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memanggil pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku perolehan projek berniali RM4 juta.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, semua pihak yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan. Laporan penuh siasatan dalaman itu dijangka akan disiapkan minggu depan.

“Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menafikan tuduhan, itu hak beliau. Tetapi siasatan akan dijalankan. Kalau Afdlin tidak bersalah, tiada masalah”

Dr. Zaliha turut menambah pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana isu salah laku dan tata kelola di dalam agensi di bawah naungannya.

image is not available

Terdahulu, Afdlin Shauki menafikan pengelibatan beliau dalam perolehan projek dibawah DBKL dan menyifatkan tuduhan itu adalah satu usaha untuk memburukan nama beliau.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.