“Salah pasang skru kot”- Pelamin Tiba-tiba Runtuh Ketika Majlis Kahwin Di Indonesia

Entertainment
13 Aug 2023 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sebuah majlis perkahwinan di Indonesia telah menjadi perhatian ramai netizen negara tersebut gara-gara pelamin yang tiba-tiba runtuh dan terbalik ketika majlis berlangsung.

Video kejadian tersebut telah sempat dirakam oleh seorang individu yang dipercayai tetamu majlis itu sebelum dikongsikan di TikTok ginsginanjarriyad.

@ginsginanjarriyad

Tiba tiba pelaminan roboh sampai pengantin wanitanya tertimpa pelaminan.. blm jelas penyebab kenapa pelaminanya sampai roboh….#weddingbanjar #pelaminan #tragediwedding #fyp #fypシ #tiktokviraltrending #tiktokviralvideo

♬ suara asli – Gins Ginanjar Riyadi – Gins Ginanjar Riyadi

Dalam video yang berdurasi selama 23 saat itu, dapat dilihat bahagian backdrop pelamin yang dihias dengan bunga dan lampu telah terbalik.

Difahamkan, pelamin yang terbalik itu telah menimpa pengantin perempuan yang tak sempat bangun ketika kejadian berlaku. Namun, dapat dilihat juga dalam video bahawa pengantin itu sepertinya baik-baik sahaja.

image is not available

Dalam video tersebut juga, dapat dilihat tetamu dan ahli keluarga lain termasuk seorang lelaki yang memakai kot yang dipercayai pengantin lelaki cuba menahan pelamin itu daripada terus terbalik.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa pelamin itu berkemungkinan besar terbalik kerana mungkin ada skru yang tidak dipasang dengan betul.

image is not available

Ada juga yang mengatakan bahawa kejadian itu berlaku kerana pada hari majlis itu, memang ada angin yang bertiup agak kencang.

Selain itu, ada juga netizen lain yang bekerja sebagai wedding planner pula berpendapat bahawa ia berlaku kerana tirai tidak dipasang di bahagian belakang pelamin, kerana jika ia dipasang, tirai itu dapat mengurangkan risiko pelamin terbalik walaupun ditiup angin.

image is not available

So, wedding planner kena check betul-betul la kan masa pasang pelamin tu.

Sumber: Wolipop

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.