Salahkan Dr Moumita Bersendiri Waktu Malam, Pengetua Kolej Teruk Dikecam

Entertainment
21 Aug 2024 • 5:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, dunia dikejutkan dengan satu berita menyayat hati apabila seorang doktor pelatih, Dr Moumita Debnath dari India ditemui mati dalam bilik seminar tempat dia berehat.

Mayat mangsa dikatakan mengalami banyak kecederaan fizikal dan seksual selepas dirogol dan dibunuh oleh 18 sehingga 20 orang lelaki.

image is not available
Sumber: th

Pengetua kolej salahkan Dr Moumita

image is not available
Sumber: india today

BT News melaporkan, salah seorang individu yang disoal siasat oleh Biro Penyiasat Pusat (CBI) merupakan bekas pengetua R G Kar Medical College and Hospital, Dr Sandip Ghosh.

Dalam kenyataannya ketika perbicaraan dengan Mahkamah Tinggi, Dr Sandip dengan remehnya mengklasifikasikan kematian Dr Moumita sebagai kes bunuh diri kerana mahu menutup kes. Malah, keluarga Dr Moumita turut dihalang untuk berjumpa dengan mendiang selama 3 jam.

Sebenarnya, jenayah tersebut sudah diketahui sejak awal pagi namun kejadian itu tidak dilaporkan sehinggalah Dr Moumita meninggal dunia. Hal ini menguatkan lagi tuduhan bahawa kes tersebut adalah jenayah yang dirancang.

Tanpa rasa bersalah, Dr Sandip turut menyalahkan mendiang kerana duduk berseorangan di dalam bilik seminar pada lewat malam.

image is not available
Sumber: x

Dr Sandip tiba-tiba dipindahkan kolej

Susulan kes ini, Dr Sandip termasuklah keluarganya telah mendapat kecaman teruk oleh rakyat India.

Jadi, dia telah meletakkan jawatan sebagai pengetua di R G Kar Medical College and Hospital namun selepas beberapa jam, dia dilantik pula sebagai pengetua di Calcutta National Medical College and Hospital yang juga terletak di Kolkata.

Pemindahan tempat bekerja sewaktu kes sedang berjalan turut menimbulkan keraguan orang ramai terhadap Dr Sandip.

Moga kes ni mendapat keadilan sepatutnya..

Sumber: BT News

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.