Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual dan muntah-muntah

22 Jul 2023 • 8:25 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dikejarkan ke hospital di Alor Setar, Kedah selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Salahuddin telah dikejarkan ke hospital pada pukul 10.15 malam semalam.

“Beliau terdahulu mengadu mengalami mual dan muntah-muntah dan tidak dapat menyertai program seperti yang dijadualkan malam tadi.

“Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa,“ katanya. -Bernama