Salam mohon restu sebelum akad nikah, tangisan bapa Syafiq Kyle atas kerusi roda sentuh hati peminat

EntertainmentLifestyle
15 Feb 2025 • 1:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tangisan bapa Syafiq Kyle atas kerusi roda ketika anaknya meminta restu sebelum melangah ke alam rumah tangga telah menyentuh hati ramai terutama peminat aktor berbakat besar itu.

Menerusi video dikongsi oleh penyampai radio Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, dilihat Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak yang segak lengkap berbaju Melayu putih tunduk menghormati bapanya yang berada di atas kerusi roda.

Tangisan bapa Syafiq Kyle sentuh hati peminat

Namun, apa yang menyentuh hati ramai apabila bapa Syafiq, Abdul Razak Husin, 61, sedang menangis ketika anaknya menyantuni dengan penuh lembut meminta restu.

Memahami anaknya yang bakal memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami, bapa Syafiq turut dilihat sempat berbisik meninggalkan pesanan buat aktor berusia 33 tahun itu.

“Kasih yang tak akan terpisah, restu seorang ayah. Momen sebelum Syafiq akad nikah bersama Mimi.
“Keluarga yang indah,” tulis Radin di akaun TikTok miliknya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam video berdurasi 36 saat, Syafiq turut memegang tangan dan mengucup dahi bapanya yang duduk di atas kerusi roda sambil dilihat menahan kesedihan.

Untung Mimi Lana! Syafiq anak & lelaki yang baik

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut meluahkan rasa sebak dan tersentuh dengan kasih sayang yang dipaparkan.

Mereka turut mendoakan kesejahteraan keluarga ini dan berharap agar Syafiq Kyle serta pasangannya, Mimi Lana dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan.

image is not available

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Syafiq dan Mimi atau nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin Nordin, 30, selamat bergelar suami isteri pada petang Jumaat.

Pasangan berkenaan disatukan dalam sebuah majlis yang dihadiri rakan dan keluarga terdekat di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.

image is not available

Khabar angin mengenai pernikahan mereka mula menjadi bualan selepas masing-masing memuat naik gambar cincin dan beberapa foto bersama seolah-olah memberi bayangan bakal bernikah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, majlis pernikahan mereka dibatalkan seminggu sebelum dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023.

Sumber: TikTok radinamiraffendy