Salih Yaacob Hampir Terjatuh Ketika Cuba Bangun, Jalaluddin Hassan Sumbang RM2,000 Hasil Kemenangan

LocalEntertainment
6 Oct 2026 • 7:03 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Salih Yaacob Hampir Terjatuh Ketika Cuba Bangun, Jalaluddin Hassan Sumbang RM2,000 Hasil Kemenangan

KUALA LUMPUR: Momen menyentuh hati berlaku ketika Datuk Jalaluddin Hassan menghampiri pelawak dan penyampai radio, Salih Yaacob, dalam satu acara Kilauan Emas baru-baru ini.

Rakaman yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok BudakTerengganu (@teetok817) itu memaparkan Salih yang ketika itu sedang duduk sebelum dilihat cuba bangun untuk menyambut kedatangan Jalaluddin.

Namun, Salih hampir hilang keseimbangan sebelum dibantu oleh individu di sekelilingnya.

Tepukan Gemuruh Untuk Salih Yaacob

Jalaluddin kemudian dilihat mendekati Salih dan memberikan sokongan, manakala suasana di lokasi turut disambut dengan tepukan gemuruh daripada penonton.

Momen tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-rata tersentuh melihat keadaan Salih serta kembali mengenang zaman kegemilangannya sebagai penyampai radio.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk kenangan seorang netizen yang pernah mengikuti segmen Salih Yaacob dan penyampai radio lain ketika bersiaran di Sinar FM.

Ada juga yang menyifatkan Salih sebagai legenda dan mengimbau kembali celoteh beliau yang pernah menghiburkan pendengar.

Jalaluddin Sumbang Hadiah RM2,000

Dalam acara berkenaan, Jalaluddin yang menerima anugerah turut mengambil keputusan menyumbangkan wang kemenangan berjumlah RM2,000 kepada Salih Yaacob.

Tindakan itu mendapat pujian netizen yang menyifatkannya sebagai satu penghargaan terhadap Salih, selain mengenang jasa dan sumbangannya dalam industri hiburan tanah air. – The Malaysian Update

The post Salih Yaacob Hampir Terjatuh Ketika Cuba Bangun, Jalaluddin Hassan Sumbang RM2,000 Hasil Kemenangan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved