Jalaluddin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti

LocalEntertainment
4 Oct 2026 • 12:25 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jalaluddin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti

SHAH ALAM – Menepati ramalan, juara program Kilauan Emas Selebriti 2026 menjadi milik Datuk Jalaluddin Hassan selepas menghadirkan persembahan cemerlang pada konsert final malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM800.

Malah, dia juga bakal menerima tajaan pakej penginapan tiga hari dua malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Pada malam kemuncak tersebut, Jalaluddin menyanyikan lagu My Way dan Humko Humise Chura Lo (duet bersama Nadia Fharshah).

Dalam pada itu, Jalaluddin turut menerima Kilauan Emas Of The Week yang membawa pulang RM2,000 dan menyumbangkan wang tersebut kepada selebriti Salih Yaacob.

Naib juara Datuk Ahmad Tamimi Siregar membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilau RM600z

Tarmimi juga menerima tajaan pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Sementara itu, Zila Bakarin menduduki tempat ketiga yang membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM500 serta tajaan pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur.

Tempat keempat menjadi milik Fazlina Ahmad Daud yang menerima sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM350 serta pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur.

Amyza Aznan dan Rahhim Omar yang menduduki tempat kelima dan keenam tidak pulang dengan tangan kosong.

Masing-masing menerima sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM350.

Persembahan keenam-enam peserta diadili juri terdiri daripada Datuk Yusry dan Jihan Muse dan juri jemputan, Datuk Ramli MS serta Azmi Saat.

Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan Raja Azura bergandingan dengan Keanu Azman. – KOSMO! ONLINE

The post Jalaluddin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved