“Sama Dengan Israel, Dua-Dua Ambil Kesempatan” – Naim Daniel Berang Usahawan Popular Jual Produk Tema ‘Palestin’

16 Oct 2023 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, di laman Twitter (X), pelakon serta penyanyi, Naim Daniel meluahkan rasa kurang senang apabila mengetahui seorang usahawan popular menjual produk berkonsep Palestin.

Menurut Naim di ciapan tersebut, kedua-duanya iaitu usahawan tersebut serta Israel mempunyai ‘perangai’ sama iaitu mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Kata apa korang nak kata. Tapi kalau kau okay if any brands jual barang tak jaga timing sensitivity.. Entahlah.

Sekadar info, jenama popular Malaysia itu telah menjual tudung, cawan serta beg tote dengan bertemakan Palestin dan difahamkan, keuntungan dimiliki bakal disumbang terus kepada Viva Palestina Malaysia.

image is not available

image is not available

Walaupun ada yang bersetuju dengan pendapat Naim, ada juga beberapa netizen merasakan penjualan produk yang dilakukan oleh usahawan tersebut merupakan satu inisiatif yang baik.

image is not available 19 hours ago

Didakwa Ambil Kesempatan Buat Koleksi Khas 'dUCK Palestin', Vivy Yusof Nafi Semua Tuduhan