Sama seperti tahun lepas, Hafiz Mahamad ‘sponsor’ 10 bas balik raya

21 Mar 2024 • 9:14 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Influencer dan usahawan, Hafiz Mahamad ‘sponsor’ 10 bas sama seperti tahun lepas kepada orang ramai untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hafiz di laman TikToknya, dia mahu membantu golongan yang memerlukan terutamanya yang mempunyai masalah kewangan yang menjadi penghalang untuk pulang ke kampung pada Syawal tahun ini.

Menurut Hafiz, dia berharap orang ramai yang berjaya menebus tiket tersebut tidak membatalkan pada saat-saat akhir.

Hafiz Mahamad ‘sponsor’ 10 bas

image is not available

“Saya faham, ada ramai sahabat yang “kewangan” dia tak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yg boleh tau. Tahun lepas 10 bas kita sponsor dan InsyaAllah untuk tahun ni, kita sponsor 10 bas juga untuk awak balik raya tau

“Harap dapat membantu ramai sahabat yg memerlukan. Jangan cancel last minit dan tempah main main. Kesian saya nanti hehe. Baik kita bg peluang dkt sahabat yg memerlukan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

image is not available

Difahamkan, terdapat 10 buah bas ditaja untuk perjalanan dari Seksyen 13, Shah Alam di Selangor ke beberapa destinasi di utara, selatan dan pantai timur pada 7 April depan.

Tempat duduk bas yang disediakan berkonsepkan first come first serve basis. Tiada limit tiket cuma setiap kali pembelian hanya lima orang sahaja pada satu masa.

Hafiz Mahamad ‘sponsor’ 10 bas

image is not available

Ramai yang berminat

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen berminat untuk mendapatkan tiket bas percuma tersebut kerana kebanyakkan tiket bas sudah habis terjual di dalam talian.

image is not available image is not available image is not available

Semoga dimewahkan rezeki

Dalam pada itu, ramai yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada usahawan tersebut yang tidak pernah jemu membantu golongan yang memerlukan dan mendoakan agar dimurahkan rezeki selalu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Hafiz Mahamad