“Sama Weh!” -Akhirnya Alif Satar Berjumpa Gadis Yang Seiras Dengannya [Video]

21 Mar 2023 • 6:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Alif Satar

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video di TikTok memaparkan seorang gadis yang mirip seperti penyanyi terkenal, Alif Satar sehingga dikatakan seperti pelanduk dua serupa.

Malah menerusi video tersebut, gadis berkenaan kelihatan lebih sama apabila dia meniru lips sync dan gaya seperti dalam muzik video lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut.

Apa yang mencuri perhatian Alif Satar turut menyatakan “Alif Satar hadir” di video tersebut.

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai yang turut bersetuju bahawa mereka sememangnya mempunyai wajah yang seiras.

Alif kongsi jumpa kembar wanitanya

Terbaharu, Alif Satar telah berkongsi di Instagram miliknya bahawa dia telah bertemu dengan gadis tersebut.

Menerusi video berkenaan, Alif menyatakan bahawa gadis itu kelihatan lebih ‘Alif Satar’ dari dirinya sendiri.

“Hey awak semua, lihat siapa bersama saya,” katanya sambil menunjukkan gadis tersebut.

Mereka juga turut melakukan beberapa aksi mimik muka sebelum Aliff secara spontan menyanyikan lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ yang sebelum ini telah diparodikan oleh gadis berkenaan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkara tersebut dan menyatakan mereka kelihatan sama seperti adik-beradik kandung.

“Weh sama. Tolong cari lagi 5 orang (yang serupa)”

image is not available

“Sama betul, kalah adik-beradik kandung”

image is not available

“Ini baru betul barang order barang sampai”

image is not available