Samakan isteri dan anak dengan tembikai, ‘double meaning’ Ryzal Ibrahim dikecam netizen

LocalEntertainment
8 Aug 2024 • 4:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ryzal Ibrahim

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim terima kecaman hebat dalam kalangan netizen gara-gara didakwa membuat lawak berunsur ‘double meaning’ terhadap isteri dan anaknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh isteri Ryzal iaitu Maryam You Narae di laman Instagramnya, mereka berada di sebuah pasar raya untuk membeli keperluan barangan rumah.

Dalam video tersebut, Maryam berkongsi kepada umum tips atau cara untuk memilih buah tembikai yang mempunyai isi elok dan manis.

Ryzal Ibrahim

image is not available

Selain cara menepuk-nepuk buah itu, orang ramai boleh menentukan buah tembikai yang manis dengan melihat garisan dan bahagian tapak.

“Garis nipis dan besar, kalau garis pada tembikai tu besar lagi sedap. Satu lagi, tapak pada bahagian bawah tembikai. Kalau besar tak sedap, tapi kalau kecil sedap,” ujar Maryam.

Ryzal Ibrahim

image is not available

image is not available

Kaitkan buah dengan isteri dan anak?

Bagaimanapun, tindakan Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang mengaitkan saiz bahagian tapak tembikai itu dengan isteri dan anaknya telah mengundang rasa tidak puas hati ramai.

“Kalau yang kecil macam Rina, besar ni macam Maryam punya,” dakwa Ryzal.

image is not available image is not available

Netizen tegur Ryzal, ubah perangai

Dalam pada itu, ramai menegur sikap pempengaruh yang berasal dari Kelantan itu untuk tidak membuat lawak berunsur ‘double meaning’ atau lucah yang boleh menjatuhkan imej serta maruah isterinya.

image is not availableimage is not available

Sebelum ini, nama Ryzal menjadi bualan hangat ramai berhubung beberapa kontroversi seperti isu singgah ke mekah untuk minyak wangi kegemarannya sebelum pulang ke Malaysia pada hari yang sama.

Sekadar info, Ryzal berkahwin dengan Maryam di Korea Selatan pada Ogos 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: Instagram @Maryamyunrrr