Buat Lawak Lucah Ketika Maryam Kongsi Tips Pilih Buah Tembikai, Ryzal Ibrahim Dikritik

Entertainment
8 Aug 2024 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim sekali kali menarik perhatian ramai apabila dikatakan telah membuat lawak yang berunsur lucah atau double meaning.

Ia susulan daripada perkongsian video di akaun Instagram isterinya, Maryam yang berkongsi tips untuk memilih buah tembikai yang mempunyai isi yang elok dan manis di sebuah pasar raya.

Menerusi perkongsian video itu, Maryam mengatakan selain cara menepuk-nepuk buah, melihat jalur lebar dan tapak bahagian bawah kecil juga menandakan isi tembikai itu manis.

“Garis nipis dan besar. Kalau garis besar, lagi sedap.

“Satu lagi, tapak pada bahagian bawah tembikai. Kalau besar tak sedap, tapi kalau kecil sedap,” ujar Maryam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Bagaimanapun, ketika dia berkongsi tips itu, Ryzal mencelah dengan memberi komen yang didakwa mengandungi unsur lucah.

“Tolong jaga aib isteri”

Kenyataan Ryzal itu telah mengundang kritikan netizen kerana dia tidak sepatutnya bergurau melibatkan perkara sensitif dan sepatutnya menjaga aib keluarganya kerana dia merupakan seorang pempengaruh.

image is not available image is not available image is not available

Min pun speechless dengar…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.