Saman SKMM Tidak Jejaskan Pelaburan Google Di Malaysia

LocalBusiness & Finance
27 Nov 2026 • 10:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saman SKMM Tidak Jejaskan Pelaburan Google Di Malaysia

Kerajaan menegaskan bahawa pelaburan Google di Malaysia tidak terjejas meskipun syarikat itu berdepan tindakan saman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dimaklumkan selepas perbincangan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat. Beliau berkata Google juga bersedia bekerjasama dalam menangani isu kandungan berbahaya atas talian.

Image from: Saman SKMM Tidak Jejaskan Pelaburan Google Di Malaysia

Kenyataan itu dibuat susulan pelaburan berskala besar Google di Malaysia. Syarikat berkenaan sebelum ini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$15 bilion (~RM61.1 bilion) bagi tempoh dua tahun akan datang yang melibatkan pembangunan kampus pusat data baharu di Selangor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun, kerajaan menegaskan bahawa tindakan undang-undang yang diambil SKMM tidak berkait dengan komitmen pelaburan tersebut.

Mahkamah

Terdahulu, SKMM memfailkan dua saman terhadap Google atas dakwaan syarikat itu gagal menangani kandungan berbahaya di YouTube. Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata terdapat aduan yang mengambil masa lebih 90 hari untuk ditangani, manakala status sebahagian kandungan yang dilaporkan masih belum diketahui. Beliau berkata tindakan undang-undang itu berkaitan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

Sumber: BernamaBiz

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved